Wednesday, 23 April 2014

Fadhilat & Khasiat Membaca Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.


Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Wednesday, 16 April 2014

Amalan Zikir Harian Yang Membawa Ketenangan


Gambar Semasa Wedding Cuzin...


Selamat pagi semua....dah lama saya tak update blog...rindu rasa nya... hari ni saja nak share gambar2 semasa menghadiri jemputan kenduri kawin cuzin di TTDI...
Ni la my cuzin yg kahwin tue...Nama die Nurul Amalina...cantik kan...nie cuzin sebelah abah...kira cuzin kedua perempuan yg telah berumahtangga selepas me....

Wednesday, 2 April 2014

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?



MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Monday, 24 March 2014

Petua Awet Muda Cara Islam

Semua orang nak kekal cantik dan sihat. Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.
Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. 

Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin.
Lihat di bawah, baca dan praktikkan petua awet muda ini. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.

"BIAR MUKA BURUK, ASAL HATI CANTIK"

 
"Rasulullah s.a.w juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik
perhiasan adalah wanita yang solehah.  Wanita yang solehah ialah
perhiasan rumah tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara.  Jika ada
ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat"
Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif.  Pada kita seseorang itu tidak cantik, tetapi pada pandangan orang lain pula, ianya adalah seorang yang cantik.  Soalnya, di manakah letaknya kecantikan itu?  Mungkin pada pandangan kita orang perempuan, kalau seseorang perempuan gemuk itu tidak cantik, tetapi lain pula pada pandangan orang lelaki di mana ada lelaki yang melihat perempuan yang gemuk itu adalah cantik.

Menghina ciptaan Allah



Hari ni saya nak berceloteh sedikit mengenai sikap manusia sekarang nie yang suka sangat2 mengutuk dan menghina orang lain...Huurrrmmmm, apa la nak jadi..saya juga pun musykil berkenaan perkara ini, seolah2 individu yang dikutuk tue telah melakukan kesalahan atau dosa yang besar...
Boleh kah kita menghina..'eh, awk ni gemoklah'...'kenapa yea awk nie muka nampak itam'.... 'kalo saya la perut buncit mcm awk, mesti saya dah risau'...

cuba bayangkan betapa kecilnya hati mereka yang anda hina itu. 


Sampai saat ini, sekiranya orang yang kita kecilkan hati mereka, sekiranya mereka tidak maafkan...agak-agaknya layakkah kita menghuni syurga Allah.  Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita mestilah berbuat baik sesama manusia.  Mereka bukan mengharapkan anda beritahu bahawa mereka cantik atau apa sahaja tetapi janganlah menghina ciptaan Allah itu.  'TIDAK CANTIK'...ada ke manusia di dalam dunia ini mahukan wajah yang tidak cantik..Jawapannya 'tidak' kan..kalu boleh, semua mahu menjadi seperti Siti Nurhaliza ataupun Neelofa...yang lelakinya pasti ingin menjadi seperti Aaron Aziz ataupun Syamsul Yusuf....
 

Wednesday, 19 March 2014

PETUA untuk Mengandung



Post saya kali ini adalah untuk share maklumat yang saya perolehi dari laman http://pakarhowto.com/ berkenaan petua untuk mengandung....

Panjang juga cerita tersebut..jadi saya cuma ambil yang ringkas saja untuk dikongsi di sini....

Wednesday, 12 March 2014

We are ROLY POLY.....


Roly Poly.....Roly Poly....

Hahahaha.....apa la si Roly Poly nie....kalau nak tau, nie la geng kami Roly Poly...

Saja nak namakan sebagai Roly Poly...




Butter Cake



Selamat pagi semua..semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera.... Hari nie, saya nak berkongsi resepi membuat butter cake yang saya peroleh dari seorang teman...Kek nie mmg favourite saya dan setiap kali kawan saya nie iaitu Kak Rus, balik Kepala Batas, pasti bile kembali ke opis akan membawa bekalan kek nie utk kawan2 di opis.... terima kasih diucapkan kepada Cik R yang sudi untuk berkongsi resepi nie...

Untuk tidak melenggahkan masa, jom kte tgk apa bahan2 yang diperlukan :

Monday, 10 March 2014

Zikir & Doa Untuk Kekal Cantik Berseri


Perkongsian kali ini saya nak share skit tentang cara untuk kekal cantik berseri melalui zikir dan doa... Selain dari menggunakan pelbagai produk kecantikan, kita juga amatlah digalakkan untuk sentiasa berdoa dan berzikir dengan ayat-ayat al-quran... Insyaallah, jika kita yakin dengan kelebihan ayat al-quran ini dan semua nya adalah dari Allah, pasti kecantikan itu akan datang dengan cara semulajadi...

Thursday, 27 February 2014

Majlis Sambut Menantu....


Rasa nye tak sabar nak menunggu majlis sambut menantu...hehehehe... Ramai juga yang bertanya, dah lama kawin, baru nak buat majlis sambut menantu ke? Better late than never...

Cerita nya mcm nie...kenduri sebelah lelaki nak buat di dewan...kat umah nanti susah tetamu nak parking kereta..jadi pak mertua n mak mertua memang nak buat di dewan... En.Suami lak lambat booking dewan..jadi kalo nk pilih time bulan 12 or school holiday, memang fullybooked....Jadi terpaksa la memilih tarikh lain walau pun jarak nye jauh...

Wednesday, 26 February 2014

Histeria melanda kolej....

Hari nie, saya nak share tentang histeria. Minggu nie kolej bagai dilanda histeria...setiap hari pasti ada pelajar yang kena histeria...punca yang menyebabkan mereka berkeadaan begitu belum dikenalpasti...

Tuesday, 25 February 2014

Ketahui waktu subur anda....




Bagi pasangan yang telah mendirikan rumahtangga, pasti inginkan cahaya mata. Berita yang menyatakan bahawa pasangan kita telah hamil adalah merupakan sesuatu yang amat indah untuk didengar...namun, tidak semua pasangan yang baru mendirikan rumahtangga akan mudah 'bunting pelamin'.. ada yang memakan masa selama 2 bulan, 6 bulan atau bertahun-tahun....

Selain daripada usaha dan doa kepada Allah s.w.t, setiap wanita yang telah berumahtangga harus mengetahui sistem badan mereka sendiri. Setiap orang mempunyai sistem atau kitaran yang tersendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut, jom kita semak satu persatu mengenai sistem badan atau kitaran haid kita sendiri..

Sunday, 9 February 2014

Jemput Rezeki Dengan Solat Dhuha


 dan selamat pagi semua.....dah hampir seminggu tak berblog...

Untuk entry kali nie, saya nak share sikit la tentang solat sunat Dhuha.... 'sharing is caring' kan.... semoga memberi manfaat kepada semua....

Ramai diantara kita yang tahu tentang solat sunat dhuha. Solat sunat dhuha merupakan antara solat sunat yang banyak disebut tentang kelebihan dan fadhilatnya oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mari kita sama-sama ketahui antara kelebihan solat sunat dhuha ini.

Tuesday, 4 February 2014

Shaklee Oh Shaklee


Eh....nie bukan nak jual produk Shaklee la...ni just nak share apa yg saya buat sekarang... Sebenarnya dah lama dengar pasal shaklee nie..and ada gak member2 yang consume produk nie.. ingat macam tak nak la ambil tahu..and bertangguh2 gak la untuk beli produk nie atau menjadi ahlinye...

Lama2 terbuka la juga pintu hati nie untuk menjadi pengguna produk shalee nie...dah alang2 menjadi pengguna, terus jer sign up sebagai ahli...kikikiki....

Cuti panjang suda abis......

 & selamat petang semua.....

Pejam, celik...pejam, celik...dah 4 Februari hari nie....ohh...cepat nye masa berlalu...
Bulan Feb nie takde la lagi nk bercuti panjang yea...kena la menjalankan tugas sebagai pekerja seperti biasa.. da tak bole malas2 yea...

Tapi masih lagi dalam mood bercuti..maklum la, baru lepas cuti panjang sempena Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah...memang bercuti sakan la kan...kikikiki...

Monday, 3 February 2014

Macam biskut.....



Sya ni dah macam biskut..time rajin, baru nak update blog..time malas...bior je blog ni terbengkalai..hihihihi....

Tapi sempena dengan tahun baru 2014 nie, Insyaallah...sya akan cuba merajinkan diri untuk berblogger...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...