Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts
Showing posts with label Santapan Rohani. Show all posts

Wednesday, 23 April 2014

Fadhilat & Khasiat Membaca Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.


Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Wednesday, 2 April 2014

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?



MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Sunday, 9 February 2014

Jemput Rezeki Dengan Solat Dhuha


 dan selamat pagi semua.....dah hampir seminggu tak berblog...

Untuk entry kali nie, saya nak share sikit la tentang solat sunat Dhuha.... 'sharing is caring' kan.... semoga memberi manfaat kepada semua....

Ramai diantara kita yang tahu tentang solat sunat dhuha. Solat sunat dhuha merupakan antara solat sunat yang banyak disebut tentang kelebihan dan fadhilatnya oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mari kita sama-sama ketahui antara kelebihan solat sunat dhuha ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...