Showing posts with label Story Mory. Show all posts
Showing posts with label Story Mory. Show all posts

Monday, 23 November 2015

First time warded

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Pagi nie sis nak story tentang pengalaman pertama sis warded. Sis warded kat Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur. Lama juga la dok berkampung di sini, dalam seminggu camtu.

Ni sebagai bukti nye...hehehhe...Dr.Amir la yg merawat and nasib baik handsome...hehehhe...baru la cpt sembuhnya..

Dok sini kadang2 boring bile tak de orang yang dtg melawat..tpi nasib baik ada jiran katil sebelah yang rajin bersembang..

Apa yg best nye kat sini adalah, hospital yang berkonsepkan islam, di mana setiap staf yang masuk ke dalam bilik wad, sama ada doktor, nurse, penghantar makanan mahu pun cleaner, pasti akan memberi salam...

Makanan pun best..bole pilih2...hehehhe...sampai suami sis pun jeles..die ckp, untungla dok hospital, dapat makan sedap2..die dok kat umah xde yg nak tlg masak,dah isteri nye masuk hospital kan...tpi bile suami dtg tue, bg la die makan gak..sbb mmg sedap..tak mcm makanan dalam hospital...






Nie antara makanan yg sempat di capture..tue pun sbb nk tunjuk kat husband, bg die jeles..hehehe... yg nie okey la bole mkn nasi dan yang pedas sbb lum operate lagi... Bile dah pas operate, kena la makan bubur lak, mcm nie ..

Alhamdulillah...rezeki dari Allah...

Selain parents, in-law, neigbour yang dtg melawat, ada juga kawan2 lain yang sempat melawat dan sempat untuk dirakam gambar mereka...









Terima kasih kepada yang dtg melawat dan yang mendoakan sis...

Tue la kisahnya sis semasa first time warded...


Sunday, 26 July 2015

Tonsil oh tonsil

Entry kali nie, sis nak share skit pengalaman sis masa demam teruk pada bulan 4 yang lepas. Ari tue last day keja, ari jumaat la...sampai je rumah terus masuk bilik and berselimut. Badan rasa seram sejuk menggigil...
Sis nie memang jarang la demam. Tapi bile dah demam tue, memang teruk la jadinya...

Keesokan harinya rasa badan dah okey, tapi bile tiba malam jer, demam datang kembali..
Demam yang disertai sakit tekak, tiada selera makan dan muntah2..
Ari ahad baru la pegi klinik Idzham di Kosas, dapat la mc 2 ari..

Ari rabu masih lagi xbaik demam, ingat nak sambung mc, pastu doktor refer hospital sebab tonsil dah bengkak and bernanah... Hari Khamis baru pi hospital Pusrawi berjumpa dengan Dr. Amir pakar ENT. Bole tahan juga rupa doktor nie, hensem..kikikiki... Masih sempat lagi tue, dalam sakit2 kan...

So, admit hospital Pusrawi selama 5 hari, and siap operate tonsil sekali... Now, baru la sis tahu, tonsil nie tempat tapisan bakteria atau kuman. Apabila dewasa, tonsil tidak memberi apa2 fungsi kepada sistem tubuh.

Tonsil yang aktif akan menjadi tempat pembiakan bakteria dan boleh membuatkan seseorang itu demam yang berulang. Nak citer panjang tentang tonsil, sis copy & paste jer la....


Apakah itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.




Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Perawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.



Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.
Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. 

Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. 

Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. 


Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

Selepas dah operate tue, Alhamdulillah... cuma masih perlu berpantang makan especially makanan yg pedas...my favorite nie... 

Okey, tue la kisah sis dan tonsil...

Apa itu tonsil ? Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak. Apa itu radangan tonsil @ Tonsilitis? Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria. Simptom-simptom penyakit : Demam Susah untuk menelan kerana sakit tekak Nafas berbau busuk. Bunyi suara yang ganjil Kebengkakan pada kelenjar tekak Kelenjar tekak akan kelihatan Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok – tompok putih di atasnya. Rawatan Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk Banyakkan minum Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas Rehat Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria Bila kelenjar tonsil patut dibuang ? Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy): Apabila jangkitan berulang – ulang. Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil. Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan? Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi. Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan. Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk. Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ? Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk: Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya. Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus. Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan. Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya. Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Apa itu tonsil ? Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak. Apa itu radangan tonsil @ Tonsilitis? Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria. Simptom-simptom penyakit : Demam Susah untuk menelan kerana sakit tekak Nafas berbau busuk. Bunyi suara yang ganjil Kebengkakan pada kelenjar tekak Kelenjar tekak akan kelihatan Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok – tompok putih di atasnya. Rawatan Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk Banyakkan minum Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas Rehat Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria Bila kelenjar tonsil patut dibuang ? Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy): Apabila jangkitan berulang – ulang. Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. Doktor akan membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di ambil. Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan? Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi. Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan. Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk. Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak ? Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk: Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya. Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus. Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan. Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya. Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Tuesday, 21 July 2015

Masih Mood Raya!!!



Assalamualaikum semua...

Ari nie dah mula keja pas cuti berhari raya... Tapi opis masih sunyi sepi jer.. Ramai yang masih bercuti lg. Mood raya jer yg ada sekarang nie..mood kerja belum dtg lagi...hehehhehe....

Walau apa pun, sis nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin..jika ada tersilap, terasa, terkecil hati semasa bergurau, atau berbicara, mohon dimaafi yea... Semoga di hari raya ini kita dapat menjalinkan ikatan ukhwah sesama kita...

Bagi mereka yang akan memulakan perjalanan, berhati2 lah semasa memandu..jika mengantuk berhenti rehat dahulu...lebih baik jika ada co-pilot atau teman untuk bersembang ketika memandu bg mengelakkan rasa mengantuk tue...


Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan Kembali Lagi

Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan....

Alhamdulillah, syukur sangat kerana diberi peluang lagi untuk berjumpa bulan Ramadhan pada tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti dan membolehkan kita untuk memperbanyakkan amalan dan ibadah.

Di sini saya nak share tentang kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan..

**Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun. Maka berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan Solat Isyak berjamaah dan Solat Sunat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar.

**Rasullah S.A.W mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam itu al-Quran diturunkan, malam Qadar berlaku pada 17 Ramadan, sementara menurut al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21 Ramadan.

 Semoga dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna...

Wednesday, 16 April 2014

Gambar Semasa Wedding Cuzin...


Selamat pagi semua....dah lama saya tak update blog...rindu rasa nya... hari ni saja nak share gambar2 semasa menghadiri jemputan kenduri kawin cuzin di TTDI...
Ni la my cuzin yg kahwin tue...Nama die Nurul Amalina...cantik kan...nie cuzin sebelah abah...kira cuzin kedua perempuan yg telah berumahtangga selepas me....

Monday, 24 March 2014

"BIAR MUKA BURUK, ASAL HATI CANTIK"

 
"Rasulullah s.a.w juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik
perhiasan adalah wanita yang solehah.  Wanita yang solehah ialah
perhiasan rumah tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara.  Jika ada
ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat"
Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif.  Pada kita seseorang itu tidak cantik, tetapi pada pandangan orang lain pula, ianya adalah seorang yang cantik.  Soalnya, di manakah letaknya kecantikan itu?  Mungkin pada pandangan kita orang perempuan, kalau seseorang perempuan gemuk itu tidak cantik, tetapi lain pula pada pandangan orang lelaki di mana ada lelaki yang melihat perempuan yang gemuk itu adalah cantik.

Menghina ciptaan Allah



Hari ni saya nak berceloteh sedikit mengenai sikap manusia sekarang nie yang suka sangat2 mengutuk dan menghina orang lain...Huurrrmmmm, apa la nak jadi..saya juga pun musykil berkenaan perkara ini, seolah2 individu yang dikutuk tue telah melakukan kesalahan atau dosa yang besar...
Boleh kah kita menghina..'eh, awk ni gemoklah'...'kenapa yea awk nie muka nampak itam'.... 'kalo saya la perut buncit mcm awk, mesti saya dah risau'...

cuba bayangkan betapa kecilnya hati mereka yang anda hina itu. 


Sampai saat ini, sekiranya orang yang kita kecilkan hati mereka, sekiranya mereka tidak maafkan...agak-agaknya layakkah kita menghuni syurga Allah.  Sudah terang lagi bersuluh bahawa kita mestilah berbuat baik sesama manusia.  Mereka bukan mengharapkan anda beritahu bahawa mereka cantik atau apa sahaja tetapi janganlah menghina ciptaan Allah itu.  'TIDAK CANTIK'...ada ke manusia di dalam dunia ini mahukan wajah yang tidak cantik..Jawapannya 'tidak' kan..kalu boleh, semua mahu menjadi seperti Siti Nurhaliza ataupun Neelofa...yang lelakinya pasti ingin menjadi seperti Aaron Aziz ataupun Syamsul Yusuf....
 

Wednesday, 12 March 2014

We are ROLY POLY.....


Roly Poly.....Roly Poly....

Hahahaha.....apa la si Roly Poly nie....kalau nak tau, nie la geng kami Roly Poly...

Saja nak namakan sebagai Roly Poly...




Thursday, 27 February 2014

Majlis Sambut Menantu....


Rasa nye tak sabar nak menunggu majlis sambut menantu...hehehehe... Ramai juga yang bertanya, dah lama kawin, baru nak buat majlis sambut menantu ke? Better late than never...

Cerita nya mcm nie...kenduri sebelah lelaki nak buat di dewan...kat umah nanti susah tetamu nak parking kereta..jadi pak mertua n mak mertua memang nak buat di dewan... En.Suami lak lambat booking dewan..jadi kalo nk pilih time bulan 12 or school holiday, memang fullybooked....Jadi terpaksa la memilih tarikh lain walau pun jarak nye jauh...

Wednesday, 26 February 2014

Histeria melanda kolej....

Hari nie, saya nak share tentang histeria. Minggu nie kolej bagai dilanda histeria...setiap hari pasti ada pelajar yang kena histeria...punca yang menyebabkan mereka berkeadaan begitu belum dikenalpasti...

Tuesday, 4 February 2014

Shaklee Oh Shaklee


Eh....nie bukan nak jual produk Shaklee la...ni just nak share apa yg saya buat sekarang... Sebenarnya dah lama dengar pasal shaklee nie..and ada gak member2 yang consume produk nie.. ingat macam tak nak la ambil tahu..and bertangguh2 gak la untuk beli produk nie atau menjadi ahlinye...

Lama2 terbuka la juga pintu hati nie untuk menjadi pengguna produk shalee nie...dah alang2 menjadi pengguna, terus jer sign up sebagai ahli...kikikiki....

Cuti panjang suda abis......

 & selamat petang semua.....

Pejam, celik...pejam, celik...dah 4 Februari hari nie....ohh...cepat nye masa berlalu...
Bulan Feb nie takde la lagi nk bercuti panjang yea...kena la menjalankan tugas sebagai pekerja seperti biasa.. da tak bole malas2 yea...

Tapi masih lagi dalam mood bercuti..maklum la, baru lepas cuti panjang sempena Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah...memang bercuti sakan la kan...kikikiki...

Monday, 3 February 2014

Macam biskut.....



Sya ni dah macam biskut..time rajin, baru nak update blog..time malas...bior je blog ni terbengkalai..hihihihi....

Tapi sempena dengan tahun baru 2014 nie, Insyaallah...sya akan cuba merajinkan diri untuk berblogger...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...