Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan....
Alhamdulillah, syukur sangat kerana diberi peluang lagi untuk berjumpa bulan Ramadhan pada tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti dan membolehkan kita untuk memperbanyakkan amalan dan ibadah.
Di sini saya nak share tentang kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan..
**Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar
atau Malam al-Qadar. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam
dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang
beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan,
iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun
bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun
bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun
mendapatnya bersamaan 2,500 tahun. Maka berbahagialah orang yang tidak
pernah meninggalkan Solat Isyak berjamaah dan Solat Sunat Tarawih kerana
orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari
kalangan orang mendapat Lailatul Qadar.
**Rasullah
mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada
orang yang amat rugi. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadan
yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk
mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadan, terutama malam-malam
yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadan tersebut. Waktunya dikira
apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam itu
al-Quran diturunkan, malam Qadar berlaku pada 17 Ramadan, sementara
menurut al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21 Ramadan.
Semoga dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna...
No comments:
Post a Comment