Wednesday, 26 February 2014

Histeria melanda kolej....

Hari nie, saya nak share tentang histeria. Minggu nie kolej bagai dilanda histeria...setiap hari pasti ada pelajar yang kena histeria...punca yang menyebabkan mereka berkeadaan begitu belum dikenalpasti...



Menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Pusat Psikologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Khaidzir Ismail, histeria ini adalah "Terlalu taksub dengan benda halus dan perkara tidak logik boleh mendorong seseorang sentiasa dibayangi rasa takut walau dalam keadaan apa sekalipun".

Khaizir berkata, beliau bukan mahu menolak kewujudan makhluk halus tetapi agak dikesalkan kerana masyarakat hari ini terlampau mempercayai kewujudan hantu.

Mungkin ada pihak mengatakan ia terjadi akibat 'satu benda' lain memasuki tubuh seseorang. Secara psikologinya, histeria berlaku kerana beberapa sebab, antaranya keadaan badan seseorang yang sangat lemah, penat, tertekan, sentiasa berasa risau dan kurang makan.

Menurutnya, psikologi dalaman ini boleh menyebabkan mereka terdorong bertindak di luar kawalan.
Apabila faktor tersebut terjadi, seseorang akan berasa tertekan dengan masalah yang dihadapi. Oleh kerana tidak mampu menanggung segala beban yang dihadapi, mereka dengan tidak semena-mena akan melepaskan tekanan dengan cara menjerit-jerit, meronta-ronta dan menangis.

Menurut Khaizir, histeria juga berkaitan dengan personaliti seseorang dan biasanya, orang perempuan mudah mendapat histeria berbanding lelaki. Ini kerana perempuan sering dianggap lemah dan sangat sensitif.
Selain itu, histeria menjadikan seseorang itu tidak sedarkan diri. Keadaan itu berpunca daripada kelemahan diri sehinggakan mereka tidak dapat berfikir dengan waras dan sentiasa memikirkan perkara negatif. Ini berdasarkan kajian psikologi histeria oleh Sigmund Freud, seorang pakar psikologi.

"Memang diakui histeria ini wujud tetapi kita sepatutnya mengawal pemikiran kita daripada bertindak di luar batasan," tambah Khaizir.

Beliau juga meminta kita memikirkan adakah masyarakat luar negara mengalami histeria yang disebabkan oleh perkara tidak logik seperti yang biasa terjadi di Malaysia?

"Rakyat di luar negara mengalami histeria disebabkan peperangan dan bencana alam sehingga kehilangan dan kematian ahli keluarga.

"Di Malaysia pula berbeza kerana histeria dikatakan terjadi apabila ada makhluk halus masuk ke dalam tubuh serta mengganggu individu di tempat-tempat tumpuan ramai seperti asrama dan sekolah," katanya.
Mengulas lanjut, katanya, mereka yang selalu diserang histeria digalakkan berjumpa pakar psikologi bagi mendapatkan bantuan. Beliau berkata, pakar psikologi boleh membantu pesakit dengan cara menenangkan mereka menerusi kaedah terapi.

"Pakar psikologi boleh membantu mereka menghilangkan tekanan dan mengubah persepsi mereka terhadap sesuatu perkara yang menakutkan," ujarnya.

Selain itu, katanya, gejala histeria yang berterusan akan menyebabkan seseorang cenderung mendapat penyakit mental kerana sentiasa tertekan dan resah. Akibatnya, mereka tidak dapat memberi tumpuan kepada tugas, pelajaran dan gagal mengurus diri.

Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa agar mendidik anak dengan cara yang betul.

"Jangan takutkan anak-anak dengan hantu atau istilah lain yang menakutkan," katanya.
Selain itu, beliau tidak begitu menggalakkan kanak-kanak menonton filem atau cerita berkaitan kewujudan hantu atau makhluk halus kerana ini akan menjadikan minda mereka takut kepada hantu sehingga dewasa.
Berbeza pula dengan pengamal perubatan tradisional, Pak Raden Iskandar Zulkarnain yang lebih senang dengan panggilan Pak Raden. Beliau menyifatkan antara sebab wanita mudah terkena histeria adalah kerana wanita itu 'tidak bersih' (datang bulan) dan keadaan mereka yang lemah semangat.

" Apabila seseorang itu nampak makhluk halus, ketakutannya akan menjadi ikutan individu lain. Ia seolah-olah berjangkit dari satu individu kepada satu individu lain. Ini kerana histeria merupakan salah satu permainan iblis dan syaitan," katanya.

Beliau mengakui, kita tidak boleh terlalu taksub tetapi perlu mengakui akan kewujudan syaitan dan iblis yang sentiasa mengganggu manusia.
Mengulas kejadian di Sekolah Menengah Tanjung Lumpur, Kuantan, beliau menegaskan sepatutnya pihak pemaju melakukan 'pembersihan' sebelum sesebuah bangunan baru didirikan.

"Masyarakat sekarang memang kurang mempercayai kewujudan hantu tetapi bila sudah berlaku perkara yang tidak diingini seperti histeria, mereka akan berbalik semula kepada perubatan tradisional," katanya lagi.
Beliau menegaskan, tiada istilah sengaja atau mengada-gada apabila seseorang terkena histeria.

"Ini kerana semua mangsa tidak sedarkan diri. Perkara sebegini bukanlah sengaja dilakukan," tambahnya.
Mengenai rawatan yang digunakan untuk memulihkan mangsa, katanya, penggunaan ayat-ayat suci al-Quran dan sumber-sumber yang tidak dilarang oleh ajaran Islam boleh digunakan. Tujuan rawatan ini adalah untuk memulihkan semangat mangsa seperti sediakala.

Pak Raden juga tidak menolak kemungkinan seseorang yang kerap diserang histeria akan menghadapi risiko penyakit mental kerana mereka tidak disembuhkan secara sempurna dan sentiasa hidup dalam ketakutan.

Info ini saya dapati daripada:


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...