Bagi pasangan yang telah mendirikan rumahtangga, pasti inginkan cahaya mata. Berita yang menyatakan bahawa pasangan kita telah hamil adalah merupakan sesuatu yang amat indah untuk didengar...namun, tidak semua pasangan yang baru mendirikan rumahtangga akan mudah 'bunting pelamin'.. ada yang memakan masa selama 2 bulan, 6 bulan atau bertahun-tahun....
Selain daripada usaha dan doa kepada Allah s.w.t, setiap wanita yang telah berumahtangga harus mengetahui sistem badan mereka sendiri. Setiap orang mempunyai sistem atau kitaran yang tersendiri.
Untuk mengetahui lebih lanjut, jom kita semak satu persatu mengenai sistem badan atau kitaran haid kita sendiri..
PURATA HAID
Purata haid setiap orang tak sama. Ada yang 28 hari, 30 hari dan sebagainya. Tetapi purata normal adalah sekitar 28 hari hingga 35 hari. Bagi yang normal haid setiap bulan tu memang senang nak tahu bila hari subur kita. Yang tak normal? Haaa.... baca kat bawah lagi.
Cara kira purata haid seperti dalam carta di bawah ni. Saya tunjukkan dalam bentuk jadual bagi senang faham dan ringkas. Baca, fahami dan kira purata kitaran haid anda.
1. Mesti tahu bila tarikh MULA haid pada bulan-bulan yang lepas.
2. Kiraan bermula dari hari pertama haid hingga hari haid akan datang (Lihat gambarajah). Jadi anda akan dapat tempoh kitaran haid anda.
3. Apabila sudah ada 3 kitaran haid yang anda dapat, kira puratanya (Lihat gambarajah).
4. Purata inilah yang penting untuk mengetahui bila hari subur.
Ok, dah dapat purata haid? Lagi senang nak tahu bila waktu subur kita. Caranya? Uhmmm... Sebelum tu kita kena faham dulu tentang FASA KITARAN HAID pulak. Supaya kita faham bagaimana 'kilang' dalam badan kita ni beroperasi baru kita tahu macam mana nak menggunakannya. Ada 4 fasa penting dalam satu-satu kitaran haid.
Baca ringkasan yang saya buat dalam setiap fasa.
Mengapa hari ke-14 adalah hari subur?
Jawapan: Kerana purata haid adalah 28 hari. (Jawapan mudah)
Bagaimana pula purata haid selain dari 28 hari? Adakah hari ke-14 dari hari haid pertama tetap hari yang paling subur? Ohh... tidak. Sekiranya purata haid selain dari 28 hari, kira begini:
Jika purata haid 35 hari maka tolak 14 hari, maka hari subur adalah hari yang ke 21 dari tarikh mula haid. Kiraan bermula dari hari pertama dari jangkaan haid AKAN DATANG tolak 14 hari. Sebab tu penting tahu purata haid kita.
Jika purata haid 30 hari - 14 hari = Hari ke 16 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 29 hari - 14 hari = Hari ke 15 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
Jika purata haid 33 hari - 14 hari = Hari ke 19 dari tarikh mula haid adalah hari subur.
ADAKAH HARI YANG DISEBUTKAN SAHAJA WAKTU
SUBUR?
Secara saintifiknya, sperma boleh bertahan selama 3-5 hari manakala ovum/telur boleh tahan dalam 1-2 hari sahaja. Jadi kemuncak hari subur tu adalah pengeluaran telur dalam ovari wanita mesti dihidupkan oleh sperma jika mahukan zuriat. Jika sperma yang dimasukkan 3 hari sebelum hari subur dan 2 hari selepas waktu subur kemungkinan untuk sperma bertemu dengan telur adalah sangat tinggi.
Bagi sesiapa yang mahu merancang untuk menjarakkan kehamilan boleh mengamalkan kaedah ini, tetapi agak berisiko dan takut tidak berapa tepat. Mungkin anda boleh tersalah kira atau haid anda yang tidak menentu sukar untuk anda guna kaedah ini. Bagi yang mempunyai kitaran haid tetap tiap-tiap bulan, anggarkan agar tidak bersama pada 5 hari sebelum dan 5 hari selepas hari subur. Walaubagaimanapun cara ini tidak berapa tepat dan mempunyai risikonya sendiri.
CARA LAIN MENENTUKAN KESUBURAN
(Bagi yang period tak normal boleh cuba)
1. SUHU BADAN
Suhu badan akan naik sedikit pada waktu subur disebabkan oleh peningkatan hormon yang mendadak. Kalau rajin, catatla graf suhu badan setiap hari. Cara ni agak leceh dan mungkin boleh jadi tak tepat kerana sekiranya anda demam atau kurang sihat, suhu badan anda juga meningkat.
2. LENDIRAN FARAJ
Pada waktu-waktu subur, lendiran faraj lebih dari biasa seiiring dengan pengeluaran hormon yang meningkat. Periksa lendiran tersebut kerana biasanya ianya melekit tetapi jika hari subur ia lebih likat lagi.

Kalau
lendiran faraj tu melekit-lekit macam ni
dan banyak dari
biasa bermakna ia petanda kita subur.
3. GUNA EVOLUTION TEST STRIP
Menggunakan evolution test strip mungkin lebih senang dan tepat untuk mengesan hormon Luteinizing Hormon (LH) di dalam urin. Ia membantu meramal masa ovulasi dan puncak kesuburan. Keputusannya cepat dalam masa lima minit keputusannya keluar dan ketepatannya menghampiri 99%. Bentuk dan rupa test strip ini lebih kurang sama dengan test strip yang lain.
Bagaimana strip ini berfungsi? Luteinizing Hormone (LH) dalam kuantiti yang tinggi menyebabkan proses ovulasi (pelepasan telur atau ovum dari folikel ovari). Semasa kitaran haid hanya sejumlah
kecil LH terhasil, tetapi di pertengahan kitaran LH akan meningkat dgn dramatik. Peningkatan ini dipanggil "LH surge" dan mendahului ovulasi.
Conception berkemungkinan besar akan berlaku dalam tempoh 36 jam selepas "LH surge". Ujian Ovulasi LH direka khusus untuk mengesan "LH surge" anda pada masa apabila anda mungkin ovulasi. Jika anda menerima positif pada ujian LH, anda berada dalam fasa yang paling subur anda kitaran haid anda.
Dimana mahu mendapatkan test strip ovulasi ini? Ianya banyak dijual di farmasi-farmasi yang berdekatan dengan anda...
Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka yang memerlukan....
Daa.....
No comments:
Post a Comment