Perkongsian kali ini saya nak share skit tentang cara untuk kekal cantik berseri melalui zikir dan doa... Selain dari menggunakan pelbagai produk kecantikan, kita juga amatlah digalakkan untuk sentiasa berdoa dan berzikir dengan ayat-ayat al-quran... Insyaallah, jika kita yakin dengan kelebihan ayat al-quran ini dan semua nya adalah dari Allah, pasti kecantikan itu akan datang dengan cara semulajadi...
Cara ini tidak menggunakan sebarang perbelanjaan dan sangat2 menjimatkan... Mari kita lihat apa panduan zikir & doa agar kita dapat memperoleh wajah yang cantik berseri...
# Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir seperti cara yang berikut :
- Baca "Ya Badiyah" 1 x
- Baca "Ya Nur" 1 x
- Baca "Ya Hadi" 1 x
- Baca "Ya Allah" 1 x
Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke telapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.
# Amalkan membaca ayat-ayat seperti berikut :
- Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah setiap selepas solat subuh.
- Selepas membaca ayat-ayat ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
#Bacalah surah al-Waqiah tiap-tiap hari sebelum tidur, nescaya kita akan sentiasa murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.
Info tambahan : Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepada yang dialami.
No comments:
Post a Comment