Wednesday, 17 June 2015

Ramadhan Kembali Lagi

Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan....

Alhamdulillah, syukur sangat kerana diberi peluang lagi untuk berjumpa bulan Ramadhan pada tahun ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti dan membolehkan kita untuk memperbanyakkan amalan dan ibadah.

Di sini saya nak share tentang kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan..

**Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Di dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang lebih baik dariapada seribu bulan iaitu Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar. Lailatul Qadar atau Malam Qadar ialah satu malam dalam bulan Ramadhan yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Sesiapa yang beramal pada malam tersebut sama seperti beramal selama 1,000 bulan, iaitu bersamaan 83 tahun 4 bulan, jika mendapatnya selama 10 tahun bersamaan beribadat lebih 833 tahun, jika mendapatnya selama 20 tahun bersamaan lebih 1,666 tahun, jika mendapatnya selama 30 tahun mendapatnya bersamaan 2,500 tahun. Maka berbahagialah orang yang tidak pernah meninggalkan Solat Isyak berjamaah dan Solat Sunat Tarawih kerana orang yang solat Isyak berjamaah dan solat Tarawih termasuk dari kalangan orang mendapat Lailatul Qadar.

**Rasullah S.A.W mengatakan sesiapa yang tidak mendapatnya dia adalah tergolong daripada orang yang amat rugi. Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadan tersebut. Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Pada malam itu al-Quran diturunkan, malam Qadar berlaku pada 17 Ramadan, sementara menurut al-Mubarakfury al-Quran turun pada malam 21 Ramadan.

 Semoga dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna...

Wednesday, 23 April 2014

Fadhilat & Khasiat Membaca Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.


Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Wednesday, 16 April 2014

Amalan Zikir Harian Yang Membawa Ketenangan


Gambar Semasa Wedding Cuzin...


Selamat pagi semua....dah lama saya tak update blog...rindu rasa nya... hari ni saja nak share gambar2 semasa menghadiri jemputan kenduri kawin cuzin di TTDI...
Ni la my cuzin yg kahwin tue...Nama die Nurul Amalina...cantik kan...nie cuzin sebelah abah...kira cuzin kedua perempuan yg telah berumahtangga selepas me....

Wednesday, 2 April 2014

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?



MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...