Entry kali nie, sis nak share skit pengalaman sis masa demam teruk pada bulan 4 yang lepas. Ari tue last day keja, ari jumaat la...sampai je rumah terus masuk bilik and berselimut. Badan rasa seram sejuk menggigil...
Sis nie memang jarang la demam. Tapi bile dah demam tue, memang teruk la jadinya...
Keesokan harinya rasa badan dah okey, tapi bile tiba malam jer, demam datang kembali..
Demam yang disertai sakit tekak, tiada selera makan dan muntah2..
Ari ahad baru la pegi klinik Idzham di Kosas, dapat la mc 2 ari..
Ari rabu masih lagi xbaik demam, ingat nak sambung mc, pastu doktor refer hospital sebab tonsil dah bengkak and bernanah... Hari Khamis baru pi hospital Pusrawi berjumpa dengan Dr. Amir pakar ENT. Bole tahan juga rupa doktor nie, hensem..kikikiki... Masih sempat lagi tue, dalam sakit2 kan...
So, admit hospital Pusrawi selama 5 hari, and siap operate tonsil sekali... Now, baru la sis tahu, tonsil nie tempat tapisan bakteria atau kuman. Apabila dewasa, tonsil tidak memberi apa2 fungsi kepada sistem tubuh.
Tonsil yang aktif akan menjadi tempat pembiakan bakteria dan boleh membuatkan seseorang itu demam yang berulang. Nak citer panjang tentang tonsil, sis copy & paste jer la....
Apakah itu Tonsil?
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem
pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil
limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil
yang terdapat di rongga mulut:-
1. Adenoids - tonsil yang terletak di
belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.
Apa itu radang tonsil atau
tonsillitis?
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh
tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai
contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan
di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk
menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem
limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut
tonsilitis atau radang tonsil.
Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di
dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil
bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus
atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.
Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur
Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh
keputihan seperti nanah pada tonsil.
Komplikasi Radang Tonsil
Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak
berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak
terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.
Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat
tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana
masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.
Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada
anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana
masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan
menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering
sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.
Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada
kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang
merebak ke dalam salur darah. Ada
juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute
glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever
(penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).
"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh
disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu
pernafasan.
Biasanya ia dikaitkan
dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.
Perawatan Radang Tonsil.
Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan
kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk
mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya
juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase
untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak
pasti.
Ada juga yang memberi ubat tahan
sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.
Ubat antibiotik akan diberikan
sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik
yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin.
Kadang-kadang saya juga memberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau
erythromycin.
Saya amat jarang memberi antibiotik bertenaga nuklear seperti
Zithromycin atau Augmentin kerana saya mengamalkan prinsip memberi antibiotik
yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy
adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang.
Ada
pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan
sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil
perlu dilakukan secara berhati-hati.
Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat
keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang
perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria
tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun
selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain.
Pembedahan adalah
singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum
dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.
Selepas dah operate tue, Alhamdulillah... cuma masih perlu berpantang makan especially makanan yg pedas...my favorite nie...
Okey, tue la kisah sis dan tonsil...
Apa itu tonsil ?
Tonsil adalah kelenjar yang berkerja seperti askar untuk memerangi
infeksi di tubuh, Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.
Apa itu radangan tonsil @ Tonsilitis?
Infeksi pada kelenjar tonsil pada kebiasaan disebabkan dari kuman viral
dan hanya 15% di sebabkan oleh bakteria.
Simptom-simptom penyakit :
Demam
Susah untuk menelan kerana sakit tekak
Nafas berbau busuk.
Bunyi suara yang ganjil
Kebengkakan pada kelenjar tekak Kelenjar tekak akan kelihatan Besar,
merah dan kebiasaan terdapat tompok – tompok putih di atasnya.
Rawatan
Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
Banyakkan minum
Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
Rehat
Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria
Bila kelenjar tonsil patut dibuang ?
Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
Apabila jangkitan berulang – ulang. Kelanjar tonsil yang besar menggangu
pernafasan dan gaya tidur yang biasa untuk anak anda. Doktor akan
membuat penilaian secara individu bagi menentukan tindakan yang di
ambil.
Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?
Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh
dielakkan dengan pengambilan immunisasi. Kalau tidak dibuang pencegahan
tidak dapat dilakukan.
Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan
diphtheria, namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul
dengan kanak kanak yang ada selsema dan batuk.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit
tekak ?
Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria
sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana
jangkitan streptococcus.
Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak
dan kualiti hidupnya.
Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Copy and WIN :
http://ow.ly/KNICZ