Wednesday, 23 April 2014

Fadhilat & Khasiat Membaca Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.


Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Wednesday, 16 April 2014

Amalan Zikir Harian Yang Membawa Ketenangan


Gambar Semasa Wedding Cuzin...


Selamat pagi semua....dah lama saya tak update blog...rindu rasa nya... hari ni saja nak share gambar2 semasa menghadiri jemputan kenduri kawin cuzin di TTDI...
Ni la my cuzin yg kahwin tue...Nama die Nurul Amalina...cantik kan...nie cuzin sebelah abah...kira cuzin kedua perempuan yg telah berumahtangga selepas me....

Wednesday, 2 April 2014

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?



MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya?

Jangan Pandang Remeh Bab ni.....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...